Ikuti Kami:

“Jijik” – Plot Keterlaluan, Penonton Tandatangan Petisyen Minta K-Drama Ini Batalkan Tayangan

“Jijik” – Plot Keterlaluan, Penonton Tandatangan Petisyen Minta K-Drama Ini Batalkan Tayangan

Nampaknya ada drama Korea yang menerima kritikan penonton kini.

Ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat di KBS, drama pembalasan dendam ini membawa kisah Jung Gyul-wool (Shin Go-eun) yang sengsara dek dibenci keluarga suami yang kaya. Bukan sahaja dipandang rendah malah lelaki yang dicintai separuh mati itu sebenarnya berselingkuh dengan rakan baiknya sendiri.

Walaupun dijangka seperti drama harian lain, namun perkembangan plot “Women In A Veil” semakin melampau hari demi hari. Kejahatan yang dipaparkan antagonis dalam siri ini membuatkan penonton tak senang duduk. Contohnya topik berbangkit seperti pembunuhan, keganasan, peninggalan anak, pengurungan, kecurangan dan lain-lain.

kbs women in a veil

Disebabkan itu, catatan rating “Women In A Veil” yang sebelum ini melebihi 10% ke atas terpaksa berpuas hati dengan rekod dalam lingkungan 8% sahaja kini.

Bukan itu sahaja, ramai penonton menandatangani petisyen untuk membatalkan tayangan drama KBS itu dan entri berkenaan telah dimuat naik di laman penonton di KBS. Rata-rata penonton meninggalkan komen kritikan dek bahan provokatif yang ditayangkan dalam drama itu dan perkembangan cerita yang teruk.

Komen netizen yang menonton drama itu,

Kandungannya terlalu menyakitkan hati buat ahli keluarga untuk berkumpul dan menonton bersama. Kalau anak-anak, mereka masih belum boleh membezakan antara buruk dan baik, jadi mereka akan merasakan dunia ini jahat jika terus menonton drama ini. Tak boleh ke produser mereka drama yang lebih menyenangkan tanpa penggunaan topik penceraian, kecurangan, pembunuhan dan sebagainya? Dunia ini sudah cukup huru-hara, tolong hasilkan drama penyembuhan dan berhenti membuat drama provokatif.

kbs women in a veil

Komen yang lain,

Penat melihat drama ini asyik mengulangi babak tegang seperti jenayah, konspirasi pada setiap hari. Melampaunya!

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...