Ikuti Kami:

Sedang Lakukan Persiapan, Pengarah Umum ‘Signal’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2

Sedang Lakukan Persiapan, Pengarah Umum ‘Signal’ Akan Kembali Dengan Musim Ke-2

Pengarah Jang Won-seok telah mengesahkan produksi musim ke-2 bagi drama “Signal”.

Pada 13 Mac, penulis skrip terkenal Kim Eun-hee bersama pengarah Jang Won-seok telah pergi ke satu acara yang dijalankan di sebuah Universiti yang terletak di Rom. Di mana, mereka telah mengumumkan musim ke-2 baru drama “Signal”.

Jang Won-seok berkata,

Kami sedang melakukan persiapan bagi musim ke-2 drama ‘Signal’ bersama dengan penulis Kim Eun-hee.

Ditayangkan pada 2016, “Signal” menceritakan tentang sepasukan detektif polis yang menggunakan satu radio misteri untuk menyelesaikan kes-kes yang masih lagi tak dapat diselesaikan.

signal-kdrama

Drama yang diterajui oleh Lee Je-hoon, Jo Jin-woong dan Kim Hye-soo ini kemudiannya telah disambut baik dan mendapat rating yang tinggi sehingga berjaya memenangi anugerah drama terbaik di Anugerah Seni Baeksang.

Tak sabarnya nak tunggu musim ke-2!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...