Sibuk ke sana sini dengan pelbagai aktiviti, pasti sukar buat Han So-hee mengekalkan kesihatan badannya.
Terbaru, media melaporkan bahawa Han So-hee berasa tidak sihat semasa melakukan penggambaran siri Netflix “Gyeongseong Creature” dan didapati positif COVID-19. Menurut agensi pelakon itu,
Han So-hee diuji positif untuk COVID-19 dan kini sedang berehat di rumahnya.
Sementara itu, “Gyeongseong Creature” yang akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya.
Semoga cepat sembuh Han So-hee!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.