Ikuti Kami:

“Saya Adalah Saya..” – Ada Banyak Tatu & Merokok, Han Sohee Ulas Soal Imej Sebelum Debut

“Saya Adalah Saya..” – Ada Banyak Tatu & Merokok, Han Sohee Ulas Soal Imej Sebelum Debut

Peminat pasti tahu bahawa penampilan Han So-hee sebelum dan selepas debut sebagai pelakon sememangnya berbeza.

Bagi yang belum tahu, sebelum debut sebagai seorang selebriti, Han So-hee mempunyai imej yang lebih ‘tomboy’, ada banyak tatu di keseluruhan badannya dan juga sering dilihat bergambar sambil merokok.

Sebelum ini dalam satu temu bual, pelakon wanita itu ada bercakap mengenai penampilannya sebelum debut dengan berkata,

Saya adalah saya ketika itu dan saya adalah saya juga sekarang.

Sambungnya dengan menjelaskan mengenai imej barunya kini,

Foto-foto itu hanya dari beberapa tahun yang lalu.  Semasa awak bekerja, bukankah awak akan ada beberapa sekatan dalam kehidupan biasa awak? Kini, saya rasa lengkap dengan imej saya.

han sohee

Akhir sekali, Han So-hee turut meluahkan rasa syukur pada peminat yang setia menyokongnya tanpa mengira tentang penampilannya,

Peminat wanita saya sangat menyukai imej saya ketika itu. Saya sangat berterima kasih untuknya.

Setiap orang ada masa lalunya sendiri kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...