Ikuti Kami:

Sedang Bercuti Di London, Netizen Seronok Lihat Sisi Kelakar Gong Yoo Dalam Foto Baru

Sedang Bercuti Di London, Netizen Seronok Lihat Sisi Kelakar Gong Yoo Dalam Foto Baru

Nampaknya, pelakon Gong Yoo sedang seronok meluangkan waktu lapangnya di Kota London kini.

Baru-baru ini, Gong Yoo telah memuat naik beberapa foto dirinya yang sedang bercuti di London, menerusi laman Instagram.

Melihat gambar yang dikongsi, pelakon “Train to Busan” itu selesa menunjukkan personalitinya yang lebih lucu dan jarang dilihat peminat sebelum ini.

Dalam satu gambar, pelakon lelaki itu dilihat sedang baring di atas sofa sambil memegang botol arak, menampilkan sisi ‘kelakar’ yang berbeza dari imej penuh karisma dalam lakonannya.

Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya meninggalkan reaksi positif seperti,

Awak patut muat naik entri lebih kerap 😂 saya terhibur.

 

Saya tak tahu apa yang berlaku untuk awak siarkan begitu banyak gambar tapi tolong teruskannya. Saya mohon kepada awak.

 

Awak sangat kelakar, saya suka lihat awak berseronok dan menikmati percutian awak!

Kemain seronok Gong Yoo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...