Ikuti Kami:

Hadir Acara Sama, Netizen Cemburu Anzalna Nasir Dapat Jumpa Hwang Inyoup & Gong Yoo

Hadir Acara Sama, Netizen Cemburu Anzalna Nasir Dapat Jumpa Hwang Inyoup & Gong Yoo

Baru-baru ini, makin ada ramai artis Malaysia yang berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti Korea Selatan.

Terbaru, pelakon Malaysia Anzalna Nasir telah menghadiri sebuah majlis tertutup jenama kecantikan antarabangsa ‘TOM FORD BEAUTY’ di Seoul, Korea.

Menerusi hantaran yang dikongsi di Instagram, pelakon wanita itu meluahkan rasa terujanya dapat berjumpa dengan pelakon terkemuka Korea Selatan seperti Hwang In-youp dan Gong Yoo.

Selain itu, Anzalna juga turut berpeluang untuk berborak dengan pelakon dan penyanyi popular dari Hong Kong, Aaron Kwok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Tulisnya di laman Instagram,

Saya mempunyai waktu yang menyeronokkan di acara itu dan bertemu dengan beberapa bintang Korea Hwang In-youp dan Gong Yoo. Terus nak tengok K-Drama! Oh ya nantikan filem I bersama Aaron Kwok 😂

Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata cemburu melihat Anzalna dapat bersemuka dengan 2 bintang popular dari Korea itu. Antara komen yang ditulis,

Malas la macam ni. Hmm nak juga!

 

Bestnya dapat jumpa mereka.

 

Malas la nak komen panjang-panjang. Nak bagitahu yang saya cemburu, tu je.

Untunglah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...