Sedang Bercinta, Ini Reaksi Lee Sunbin Dengar Suara Lee Kwangsoo Ketika Siaran Langsung
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Umum pasti mengetahui bahawa Lee Kwang-soo sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Lee Sun-bin.
Terbaru, Lee Sun-bin telah muncul dalam program radio “Kim Shin Young’s Noon Song of Hope” sebagai tetamu, bagi mempromosikan musim kedua dramanya “Work Later, Drink Now”.
Khususnya ketika sesi iklan, suara Lee Kwang-soo tiba-tiba muncul. Mendengar suara teman lelakinya, Lee Sun-bin terus ketawa.
Meskipun DJ radio Navi cuba meneruskan program dengan tenang, Lee Sun-bin nampaknya tidak dapat berhenti ketawa. Navi bertanya kepada pelakon itu,
Awak ok? Kenapa awak ketawa sekuat itu?

Lee Sun-bin menjawab,
Saya sangat terkejut.
Navi kemudian menjelaskan,
Kami juga terkejut. Kami tidak rancang semua ini. Ia muncul secara semula jadi.
Alala comel je dorang ni.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




