Ikuti Kami:

“Saya Takut Kalau..” – Lee Kwangsoo Dedah Risau Jadi Ahli ‘Running Man’ Atas Sebab Ini

“Saya Takut Kalau..” – Lee Kwangsoo Dedah Risau Jadi Ahli ‘Running Man’ Atas Sebab Ini

Sudah lama terlibat dalam dunia rancangan hiburan, Lee Kwang-soo pastinya belajar tentang pelbagai perkara baru.

Terbaru, seramai 31 orang artis di bawah agensi Starship Entertainment telah tampil sebagai tetamu dalam program Na PD “The Game Caterers”, termasuklah Lee Kwang-soo sendiri.

Dalam siaran berkenaan, pelakon itu tidak dinafikan banyak memberi sokongan dan menceriakan lagi suasana dengan jenakanya.

Kemudian, ketika semua peserta sedang berehat selepas bermain permainan, pelakon yang sedang meningkat naik kini iaitu Son Woo-hyun, meluahkan bahawa dunia rancangan hiburan ini masih terasa ‘baru’ buatnya. Sambil memuji Lee Kwang-soo, Son Woo-hyun turut bertanya,

Ini semua adalah pengalaman baru buat saya. Namun, awak sangat bagus dalam perkara ini. Adakah awak berasa janggal pada mulanya ketika penggambaran ‘Running Man’?

lee kwangsoo

Lee Kwang-soo yang menyertai program “Running Man” pada 2010 dan mengundur diri pada 2021, berkongsi kerisauannya terlibat dalam rancangan tersebut. Kongsinya,

Saya bimbang sekiranya saya melakukan sesuatu yang tidak sopan. Saya juga takut kalau saya menyinggung perasaan seseorang.

Jelasnya lagi,

Tetapi selepas melakukan ‘Running Man’ untuk masa yang lama, tiada siapa yang mempunyai masalah dengan saya di TV. Sekarang, saya tahu orang tidak akan terlalu tersinggung dengan saya. Kemudian, saya berasa lebih selesa.

Rindu kan nak tengok Lee Kwang-soo dalam “Running Man”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...