Kelakar Dalam ‘The Game Caterers’, Penonton Rindu Lihat Lee Kwangsoo Di ‘Running Man’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Korang dah layan ke episod “The Game Caterers” menampilkan artis dari Starship Entertainment?
Bagi yang belum tahu, seramai 31 orang selebriti dari agensi Starship Entertainment telah muncul dalam program Na PD “The Game Caterers”, termasuk Lee Dong-wook, IVE, Chae Soo-bin dan Lee Kwang-soo sendiri. Memang meriah betul!
Khususnya dalam episod tersebut, Lee Kwang-soo memang tidak dinafikan adalah yang paling menonjol dek bakatnya yang semula jadi dalam rancangan hiburan, mengingatkan penonton kembali ketika zaman kegemilangannya di “Running Man”.
Bukan itu sahaja, pelakon itu juga merupakan ‘mood maker’ buat semua orang dengan kesilapannya setiap kali bermain permainan dan sering diusik oleh rakan pelakon lain.
Antara reaksi netizen:
Lee Kwang-soo masih sama.
Sila kembali ke ‘Running Man’, Lee Kwang-soo.
Saya fikir dia sedang menjalani penggambaran ‘Running Man’.
Terhibur betul tengok Lee Kwang-soo!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




