Ikuti Kami:

Yoo Jaesuk, Lee Kwangsoo & Yuri SNSD Jalani Penggambaran Musim Ke-2 ‘The Zone: Survival Mission’

Yoo Jaesuk, Lee Kwangsoo & Yuri SNSD Jalani Penggambaran Musim Ke-2 ‘The Zone: Survival Mission’

Adakah “The Zone: Survival Mission” bakal kembali dengan musim kedua tak lama lagi?

Terbaru, hos utama rancangan itu iaitu Yoo Jae-suk, Lee Kwang-soo dan Yuri Girls’ Generation dilihat menjalani penggambaran di KAIST.

Foto yang tular ini dirakam oleh orang awam yang turut berada di kawasan sama dengan para selebriti itu.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik tapi sepertinya mereka sedang menjalani penggambaran untuk program Disney+ tersebut dek misi menyeberangi tasik di dalam sebuah kenderaan aneh itu.

Untuk pengetahuan, “The Zone: Survival Mission” ialah sebuah program di mana hos perlu menjalani simulasi pelbagai bencana untuk menyediakan diri untuk masa hadapan. Musim pertamanya tamat dengan 8 episod pada 12 Oktober lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...