Ikuti Kami:

“Sebulan Selepas Pembedahan…” – Park Sodam Luah Rasa Syukur Selepas Sihat Dari Kanser Tiroid

“Sebulan Selepas Pembedahan…” – Park Sodam Luah Rasa Syukur Selepas Sihat Dari Kanser Tiroid

Seronok tengok Park So-dam gembira seperti selalu semula!

Baru-baru ini, pelakon Park So-dam telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, pelakon ini telah disahkan menghidap kanser tiroid dan menjalani pembedahan selepas pemeriksaan perubatan pada tahun 2021.

Park Sodam

Dalam entri tersebut, pelakon itu telah menulis kapsyen tentang perasaannya selepas membuat pembedahan kanser tiroid.

Sejak 2 tahun lepas, setiap hari saya rasa bersyukur. Sebulan selepas pembedahan, tayangan filem ‘Special Delivery’, Anugerah Baeksang selepas berehat selama lima bulan, penampilan di Golden Disk Awards dan tayangan ‘Phantom’ selepas dua tahun. Dalam pada itu, saya berehat secukupnya dan menjalani proses kehidupan yang lebih baik. Jadi, saya menikmati sedikit kegembiraan dalam kehidupan seharian saya dengan melakukan perkara yang saya suka serta menghabiskan masa bersama orang yang tersayang.

Kemudian, Park So-dam turut meluahkan rasa berterima kasih kepada keluarganya dan orang yang masih menyokongnya sehingga ke hari ini. Pelakon itu juga berharap agar semua orang akan terus kekal bahagia dan menjaga kesihatan sepanjang masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Park So Dam (@imsodamm)

Selepas pelakon dari filem “Phantom” itu membuat hantaran tersebut, Park So-dam telah menerima pelbagai komen yang positif dari rakan selebriti dan juga peminatnya. Antaranya adalah,

Saya harap agar Park So-dam sentiasa bahagia. Jangan sakit lagi!

 

Mari hidup dengan lebih baik.

 

Saya sayangkan awak!

Semoga Park So-dam sihat selalu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...