Ikuti Kami:

“Dia Sangat Cantik..” – Park Sodam Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Han Sohee

“Dia Sangat Cantik..” – Park Sodam Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Han Sohee

Baru-baru ini, Park So-dam dan Honey Lee telah tampil dalam program “Amazing Saturday” sebagai tetamu, bagi mempromosikan filem mereka “Phantom”.

Dalam siaran tersebut, dua pelakon itu bersama ahli bermain kuiz di mana mereka harus meneka nama drama, berdasarkan gambar pelakon yang dipaparkan.

Apabila gambar Han So-hee muncul, Park So-dam berjaya meneka dramanya iaitu “The World of the Married” dan “Money Flower”.

Kemudian, Park So-dam turut mengimbas kembali pertemuan pertamanya dengan Han So-hee sambil berkata,

Dia datang berjumpa saya ketika saya mempersembahkan drama ‘The Student and Mr. Henri’ dengan pelakon Lee Soon-jae, yang turut bekerja dengan Han So-hee dalam ‘Money Flower’.

park sodam

Sambung pelakon “Parasite” itu lagi,

Sambil menyapa pelakon yang datang menonton drama kami, tiba-tiba saya terfikir tentang dia ‘Wah, cantiknya orang itu’.

Dua-dua cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...