Ikuti Kami:

“Sebenarnya..” – V BTS Dedah Terima Tawaran Lakonan Tapi Terpaksa Tolak Atas Sebab Ini

“Sebenarnya..” – V BTS Dedah Terima Tawaran Lakonan Tapi Terpaksa Tolak Atas Sebab Ini

Selepas “Hwarang”, peminat pastinya tertanya-tanya bilakah V BTS akan meneruskan kerjaya lakonannya.

Baru-baru ini, V telah muncul dalam program “IU’s Palette”, di mana idola itu ada bercerita mengenai pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, V berkongsi bahawa dia ada ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah karya tetapi terpaksa menolaknya,

Saya benar-benar bersyukur kerana mereka memberi saya karya yang begitu baik. Sebenarnya, album solo itu diutamakan untuk saya kerana saya fikir itulah yang ARMY paling tunggu sekarang, dan perkara lain akan datang kemudian.

Kemudian mengenai watak yang dia ingin cuba bawa di masa hadapan, V berkata,

Saya ingin meneroka genre thriller. Selepas menonton ‘The End of the Fu**ing World’ di Netflix, ia mengubah sepenuhnya perspektif saya tentang lakonan.

v bts

Sambungnya lagi,

Apabila orang bertanya ‘Apakah watak yang awak ingin mainkan?’ Saya selalu memberitahu mereka saya ingin cuba watak protagonis dalam ‘The End of the Fu**ing World’.

Tak sabar nak tunggu drama lakonan V yang seterusnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...