Utama Rancangan Hiburan “Jarang Dengar IU Gelak Macam Tu” – Ramai Tak Sangka V BTS...

“Jarang Dengar IU Gelak Macam Tu” – Ramai Tak Sangka V BTS & IU Rupanya Kawan Rapat!

iu v bts

Siapa sangka, V BTS dan IU merupakan sahabat rapat!

Terbaru, V telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan IU di YouTube “IU’s Palette”, di mana mereka ada berborak mengenai pelbagai perkara dan turut memaparkan persahabatan rapat yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Dalam siaran itu, IU mendedahkan,

Ini bukan kali pertama kami bertemu antara satu sama lain. V menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk bercakap secara tidak formal. Jadi, kami memutuskan untuk menukar antara ucapan formal dan tidak formal. Kami memilih mana yang dirasakan selesa.

Tambah V,

Kami rapat kerana bercakap tentang muzik. Kami boleh bercakap dengan mudah antara satu sama lain dalam hal muzik.

Bukan sahaja kelihatan selesa malahan, IU dan V sering mengusik antara satu sama lain dalam program itu, menunjukkan hubungan mereka seperti adik-beradik sebenar.

Tonton video penuh V dalam “IU’s Palette” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...