Ikuti Kami:

“Awak Sayang IU Berapa Banyak?” – Ramai Terhibur Lihat Reaksi Panik Lee Jongsuk Bila Nama Kekasih, IU Disebut

“Awak Sayang IU Berapa Banyak?” – Ramai Terhibur Lihat Reaksi Panik Lee Jongsuk Bila Nama Kekasih, IU Disebut

Umum pasti mengetahui Lee Jong-suk sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan IU kini.

Baru-baru ini, Lee Jong-suk telah mengadakan acara perjumpaan peminat “Dear. My With” di Seoul, di mana idola itu ada membuat persembahan, bermain permainan dan berborak bersama peminat.

Khususnya dalam satu permainan, beberapa peminat dijemput naik ke atas pentas. Kemudian, pengacara bertanya kepada seorang peminat lelaki di situ,

Sejujurnya, adakah awak datang ke sini kerana awak suka Lee Jong-suk atau awak datang ke sini kerana awak perlu menemami ibu/kakak/adik awak?

Celah Lee Jong-suk,

Sila jawab dengan jujur.

Jawab peminat itu,

Sejujurnya, ia dalah kerana Ji-eun (nama sebenar IU) noona..

Selepas mengetahui bahawa lelaki itu merupakan peminat IU, pengacara terus bergurau dan mengusik Lee Jong-suk dengan bertanya soalan,

Jadi, awak sayang IU berapa banyak?

Menghiburkan ramai, Lee Jong-suk yang nampak panik dan gelabah terus meminta agar pengacara memulakan permainan dengan segera.

Haa terus merah muka Lee Jongsuk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...