Sebagai pasangan kekasih, IU dan Lee Jong-suk nampaknya sentiasa menyokong dan membantu antara satu sama lain.
Baru-baru ini, IU telah terlibat dalam satu temu bual khas, menjelang tayangan perdana filem “Dream” pada 26 April nanti.
Khususnya ketika ditanya sama ada dia ada bercakap mengenai kebimbangan tentang lakonan dengan teman lelakinya iaitu Lee Jong-suk, IU menjawab,
Sudah tentu saya bercakap tentang berlakon dengan teman lelaki saya.
Jelasnya lagi,
Apabila saya mempunyai rungutan atau adegan yang saya tidak pasti, saya cenderung untuk meminta banyak pertolongan dari teman lelaki saya, Yoo In-na, rakan sekerja atau senior yang lain.
Kemudian di akhir temu bual, IU turut meluahkan rasa syukurnya atas sokongan orang ramai pada hubungan percintaannya,
Saya terkejut kerana ramai orang menunjukkan minat mendalam pada hubungan saya dan banyak menggembirakan saya. Saya rasa dengan penuh kasih sayang dan mengekalkan hubungan ini adalah cara terbaik untuk membalas cinta itu.
Dalam pada itu, IU akan bergandingan dengan Park Seo-joon dalam filem “Dream”, yang membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan.
So sweet la IU dengan Lee Jong-suk ni!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉