Ikuti Kami:

“Sebelum Terlambat..” – Dah Capai Had, Jang Geunseuk Dedah Ingin Berkahwin Secepat Mungkin

“Sebelum Terlambat..” – Dah Capai Had, Jang Geunseuk Dedah Ingin Berkahwin Secepat Mungkin

Jang Geun-seuk meluahkan keinginannya untuk berkahwin.

Pada 3 Mac, Jang Geun-seuk telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “My Little Old Boy, di mana dia dan Lee Hong-ki F.T. Island telah pergi ke rumah Hee-chul SUPER JUNIOR.

Ketika ditanya mengenai perkahwinan, pelakon tersebut menjawab,

Saya memang ingin berkahwin dan kalau boleh, saya nak berkahwin secepat mungkin kerana ini merupakan masanya.

Tambahnya,

Saya dah capai had saya dan menghabiskan segala kemahuan saya sebagai orang bujang, sama ada dalam hal kerja atau hubungan. Jadi, saya nak berhenti jadi lelaki bujang.

my little old boy

Sambungnya lagi,

Saya rasa masanya sudah tiba untuk saya bina keluarga saya sendiri sebelum terlambat. Saya nak sangat timang cahaya mata sebelum cecah umur 40 tahun.

Tidak berhenti di situ, Jang Geun-seuk serta Hee-chul juga turut mengimbas kembali kenangan mereka bersama bekas teman wanita mereka pada masa dahulu.

Semoga Jang Geun-seuk cepat berjumpa jodoh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...