Ikuti Kami:

“Boleh Guna Tanpa Had..” – Seperti GD & Lee Jungjae, Jang Geunseuk Tayang Kad Kredit Hitam

“Boleh Guna Tanpa Had..” – Seperti GD & Lee Jungjae, Jang Geunseuk Tayang Kad Kredit Hitam

Jang Geun-seuk telah membuktikan kejayaannya selepas mendedahkan bahawa dia juga memiliki kad hitam seperti selebriti terkenal yang lain.

Pada 13 Disember, rancangan YouTube “I Am Jang Geun-seuk” telah mengeluarkan satu video di mana Jang Geun-seuk telah menghabiskan masa pergi ke tempat-tempat yang popular di kalangan generasi MZ bersama dengan Jenny Park.

Disebabkan perbezaan umur mereka yang melebihi 18 tahun, Jang Geun-seuk telah menawarkan diri untuk membayar kesemua aktiviti yang bakal mereka lakukan sambil menunjukkan ‘kad hitam’ miliknya.

Di Korea, ‘kad hitam’ hanya diperolehi oleh 0.05% orang kaya dan antara selebriti yang memiliki kad itu ialah Lisa BP, G-Dragon, Jin BTS dan Lee Jung-jae.

jang geunseuk (1)

Jang Geun-seuk berkata,

Saya dah sediakan senjata rahsia untuk kita hari ini. Kad ini milik saya sendiri dan tidak mempunyai sebarang had. Jadi awak boleh gunakan sahaja kad ini sepanjang hari.

Mereka kemudiannya telah menghabiskan masa melawat pelbagai tempat popular seperti kafe, studio mengambil gambar dan juga mencuba ‘tanghulu’ (buah bersalut gula karamel) yang terkenal di kalangan generasi MZ.

Nak juga habiskan masa dengan Jang Geun-seuk…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...