Baru-baru ini, So Ji-sub dan Taec-yeon 2PM telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Shin Dong-yup.
Untuk pengetahuan, selepas keluar JYP Entertainment pada 2018 yang lalu, Taec-yeon telah berpindah ke agensi yang ditubuhkan oleh So Ji-sub dan mula aktif dalam kerjayanya sebagai pelakon.
Dalam program tersebut, Taec-yeon berkongsi bahawa sebelum memutuskan untuk menyertai agensi So Ji-sub, dia ada mempertimbangkan banyak lagi syarikat lain. Jelasnya,
Saya mempunyai beberapa syarat dalam fikiran pada masa itu sebelum saya bersetuju dan salah satunya ialah saya ingin terus menjadi ahli 2PM.
Namun, ada beberapa syarikat yang tidak menyukai syarat tersebut, menasihatinya untuk bersara dari bidang nyanyian dan fokus menjadi seorang pelakon.
Syarikat So Ji-sub tidak menghalang saya untuk melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kata-kata itulah yang paling memberi saya kekuatan.
Siapalah yang suruh Taec-yeon berhenti menyanyi tu..