Ikuti Kami:

Sebar Berita Palsu, Bekas Rakan Sekolah Nam Joohyuk Dikenakan Tindakan Kerana Memfitnah

Sebar Berita Palsu, Bekas Rakan Sekolah Nam Joohyuk Dikenakan Tindakan Kerana Memfitnah

Menurut sumber, dua individu telah didakwa kerana menuduh Nam Joo-hyuk melakukan pembulian di sekolah.

Pada 8 Februari, dua individu telah didakwa kerana merosakkan imej serta reputasi Nam Joo-hyuk selepas kedua-dua mereka menyebarkan berita palsu yang menyatakan bahawa pelakon itu pernah menjadi pembuli di sekolah.

Mengikut laporan yang dibuat, pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa berita yang disebarkan mengenai kes pembulian itu adalah palsu dan kedua-dua lelaki tersebut telah terbukti bersalah kerana memfitnah.

Malah, pihak pendakwaan turut meminta mahkamah untuk hanya mengenakan denda kepada kedua-dua individu tersebut dan tidak lagi meneruskan perbicaraan.

nam-joo-hyuk-bully-case

Terlebih dahulu pada 2022, dua individu lelaki yang juga merupakan bekas rakan sekelas Nam Joo-hyuk telah mendedahkan bahawa pelakon itu pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan murid yang sering membuli pelajar lain di sekolah.

Namun, agensi Nam Joo-hyuk telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan tuduhan tersebut serta menegaskan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

Tak baik tau main fitnah-fitnah orang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...