Ikuti Kami:

“Saya Dah Lama Nak..” – Nam Joohyuk Cabar Diri Bawa Watak Aksi Dalam ‘Vigilante’

“Saya Dah Lama Nak..” – Nam Joohyuk Cabar Diri Bawa Watak Aksi Dalam ‘Vigilante’

Lama tak dengar cerita tentang Nam Joo-hyuk kan?

Nam Joo-hyuk bakal kembali dengan drama barunya iaitu “Vigilante” yang diarahkan oleh pengarah terkenal Choi Jeong-yeol. Drama ini mengisahkan tentang Kim Ji-yong, seorang pelajar di universiti polis yang amat menturuti undang-undang pada waktu pagi namun, sebaliknya pada waktu malam.

Watak Kim Ji-yong yang dilakonkan oleh Nam Joo-hyuk akan berubah menjadi seorang ‘Vigilante’ pada waktu malam dan menghukum semua penjenayah yang lari daripada undang-undang. Malah, dia juga cuba untuk mewujudkan keadilan dengan caranya sendiri.

Nam Joo-hyuk yang pertama kalinya berlakon di dalam genre aksi telah bekerja keras bagi memastikan bahawa segala aksi yang dilakukannya adalah realistik. Dalam masa yang sama, pelakon itu juga telah melalui beberapa latihan seperti latihan meninju, judo dan seni mempertahankan diri.

vigilante

Katanya,

Saya amat menyukai webtoon yang drama ini adaptasikan dan saya terus bersetuju untuk berlakon dalam drama ini sebab saya memang mahukan watak Kim Ji-yong itu.

Tambah pelakon itu lagi,

Ini merupakan drama aksi pertama saya. Jadi saya amat mementingkan butiran-butiran kecil. Malah, saya juga banyak berlajar dengan pasukan seni mempertahankan diri semasa penggambaran.

vigilante

Tidak berhenti disitu, dia menambah,

Perasaannya lain bila saya terpaksa bawa satu watak yang mempunyai dua perwatakan. Ianya agak sukar buat saya masa mula-mula saya membawakan watak ini.

Drama “Vigilante” ini akan ditayangkan di seluruh dunia mulai 8 November ini.

Jadi korang semua dah bersedia ke belum nak tengok watak baru Nam Joo-hyuk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...