Nampaknya, penampilan terkini Nam Joo-hyuk telah menjadi bualan ramai baru-baru ini.
Pada 6 Oktober, Nam Joo-hyuk dilihat telah menjadi pengacara untuk sebuah acara yang dianjurkan oleh pihak tentera.
Tampil dengan pakaian seragam khas askar berwarna hijau, pelakon lelaki itu telah berjaya mendapat perhatian ramai orang. Tambahan pula, badannya kini kelihatan lebih tegap dan visualnya makin tampan.
Kemudian, dia juga menukar pakaiannya ke pakaian seragam untuk polis tentera yang berwarna putih, membuatkan netizen ‘cair’ melihat wajah kacaknya.
해달라는거 공평하게 다해주는 남주혁 ㄱㅇㅇ pic.twitter.com/LqEBKXG3A9
— (@wngurdld) October 6, 2023
Komen netizen menerusi Twitter,
Nampak macam tengah lakukan penggambaran untuk drama.
Wajah tampannya memang bukan biasa-biasa.
Makin nampak handsome bila pakai baju askar.
Kenapa makin kacak pula ni lepas masuk tentera?
Lain macam aura Nam Joo-hyuk sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.