Setiap persamaan antara idola kesayangan pastinya akan cepat sahaja menjadi buah mulut peminat.
Terbaru pada 6 November, seorang netizen telah memuat naik satu siaran di laman komuniti dalam talian, membuat spekulasi bahawa RM BTS dan Karina aespa sedang bercinta.
Khususnya, khabar angin itu mula timbul berdasarkan persahabatan kedua idola itu dengan penyanyi utama kumpulan rock indie Se So Neon, iaitu Hwang So-yoon.
Sebelum ini, RM dan Karina masing-masing telah memuat naik foto mereka bersama Hwang So-yoon di Instagram Story dan turut meletakkan filter hitam putih yang sama. Ini telah membawa kepada spekulasi bahawa mereka berdua mempunyai hubungan.
Tambahan pula, ahli BTS dan aespa itu juga dilihat mempunyai minat kepada kumpulan yang sama dan sering berkongsi lagu dari Se So Neon di laman Instagram.
Bagaimanapun, netizen Korea menganggap bahawa ini adalah khabar angin yang tidak masuk akal dan mengulas,
Saya seorang ARMY dan saya minta maaf, ini adalah khabar angin dating paling lucu yang melibatkan ahli BTS.
Bukti yang mereka tunjuk adalah sangat lemah.
Ini sangat kelakar.
Siaran itu ditulis oleh wanita yang sedang berkhayal, maafkan dia~
Lahh..