“Sebab Awak, TWICE Tak Datang ‘Knowing Bros'” – Lee Soogeun Ungkit Hubungan Silam Heechul & Momo
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Umum pasti mengetahui bahawa ahli SUPER JUNIOR iaitu Heechul, pernah mempunyai hubungan romantik bersama Momo TWICE.
Artikel Berkaitan
Terbaru pada siaran 12 November “Knowing Bros”, pelakon utama siri Netflix “The Fabulous” iaitu Min-ho SHINee dan Chae Soo-bin telah tampil sebagai tetamu, dan berkongsi mengenai hubungan watak mereka.
Pada awalnya, Min-ho berkongsi,
Kami adalah bekas kekasih. Kami suduh putus cinta tetapi kami juga kawan rapat.
Mendengar kenyataan itu, Lee Soo-geun bergurau kepada Heechul dengan berkata,
Kerana awak, satu kumpulan itu (TWICE) tidak dapat muncul. Saya sangat ingin melihat mereka. Kami sangat merindui mereka.

Untuk pengetahuan, Lee Soo-geun merujuk kepada hubungan silam Heechul dengan Momo TWICE.
Kemudian, Lee Jin-ho menambah,
Ia mungkin bukan kumpulan itu sahaja. Ia hanya kerana dia tidak terperangkap bersama dengan orang lain.
Benda dah lepas kan..
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




