Ikuti Kami:

“Saya Akan Kahwin Pada 2023 Nanti” – Kim Heechul

“Saya Akan Kahwin Pada 2023 Nanti” – Kim Heechul

Umur sudah hampir menjangkau 40 tahun, Kim Hee-chul pastinya mempunyai keinginan untuk berkahwin.

Pada siaran terbaru program SBS “Same Bed, Different Dreams 2 – You Are My Destiny”, Son Dam-bi dan suaminya Lee Kyu-hyuk telah hadir sebagai tetamu. Dalam episod itu, Som Dam-bi dapat bertemu dengan rakannya sejak 20 tahun dahulu iaitu Kim Hee-chul, dan mereka berborak tentang pelbagai perkara.

Khususnya, satu kenyataan yang dibuat Kim Hee-chul telah menarik perhatian. Idola yang mencecah umur 39 tahun itu menyatakan hasratnya untuk berkahwin, tetapi mengaku bahawa dia tidak mempunyai teman wanita lagi. Katanya,

Tahun depan, saya akan berkahwin tidak kira apa.

son dambi kim heechul

Sambung Kim Hee-chul,

Saya akan memakai sut merah apabila saya berkahwin. Saya mahu memecahkan stereotaip bahawa anda perlu memakai hitam untuk pengantin lelaki dan putih untuk pengantin perempuan.

Namun, kawan baiknya dan pengantin baru Son Dam-bi, berpendapat sebaliknya. Dia merasakan bahawa Hee-chul tidak akan dapat berkahwin pada tahun depan dengan menyatakan,

Bagi awak, teman wanita awak bukan nombor 1. Saya tidak fikir perkahwinan adalah perkara yang penting untuk awak.

Bagaimanapun, Hee-chul membantah sambil berkata,

Kalau begitu siapa yang patut didahulukan selain saya? Saya dan keluarga harus didahulukan.

kim heechul

Jangan risau Kim Hee-chul, jodoh pasti akan datang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...