Ikuti Kami:

Kim Heechul Rancang Ubah Suai Rumah Baru Jika Ada Bakal Isteri Kelak

Kim Heechul Rancang Ubah Suai Rumah Baru Jika Ada Bakal Isteri Kelak

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Kim Hee-chul tampil dalam satu rancangan hiburan “My Little Old Boy” terbitan SBS bersama pengacara Lee Sang-min, Oh Min-seok dan juga seorang pereka bentuk dalaman. Untuk apa?

Februari lalu, sebuah kenyataan rasmi dari akhbar tempatan berkongsi bahawa Kim Hee-chul telah membeli sebuah apartment mewah yang terletak di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul.

Menerusi episod rancangan hiburan tersebut, Kim Hee-chul dilihat membawa dua orang pengacara tersebut ke sebuah rumah baru miliknya yang akan dipindah masuk dalam masa terdekat.

Kelihatan seperti rumah tersebut masih belum dimasuki perabot sepenuhnya, namun masih terlihat kemas dan bersih. Tingkap kaca yang bersaiz luas serta dihiasi dengan lampu hiasan ‘chandelier’ berjaya menarik perhatian Oh Min-seok dan juga Lee Sang-min. kim heechulLee Sang-min turut memberi pandangannya setelah meneliti kawasan dalaman rumah tersebut bahawa,

Jika kamu ingin mengubahsuai bahagian dalam rumah ini, kamu perlu mengubah setiap sudut ini. Jika tidak, ia akan kelihatan tidak cantik.

Lalu, Kim Hee-chul berkata bahawa dia ingin membuang lampu hiasan dan juga lampu LED tersebut. Dalam pada itu, dua pengacara itu juga sempat berseloroh bahawa, persiapan seperti ini sangat mengingatkan mereka kepada perkahwinan. Kim Hee-chul malah berkata,

Saya pasti akan mengadakan majlis perkahwinan di dalam rumah ini.

Malah, saya ingin mengubahsuai bahagian dalaman rumah ini juga adalah untuk bakal isteri saya.

Jadi, saya tak perlu khuatir jika kelak, selepas berkahwin, dia tidak menggemari reka bentuk rumah ini, kerana telah diubah suai terlebih dahulu.  

kim heechulKim Hee-chul juga kelihatan sangat peka dalam proses ubah suai tersebut apabila setiap sudut dan perkara akan dilihat dengan teliti. Dia menyatakan bahawa dia tidak menggemari lantai kayu yang sedia ada. Lalu, Oh Min-seok memberi idea yang sedikit berlainan dengan kemahuan Kim Hee-chul. Dia beranggapan bahawa setiap sudut perlu dititikberatkan terutama sekali bilik tidur kerana itu bakal menjadi ruang utama buat dia dan isteri.

Betul-betul teliti kan Kim Hee-chul ni? Maklumlah ini kan bakal menjadi ‘syurga’ buat dia dan bakal isteri. Kena la hias dengan cantik, kan? Korang rasa cantik tak rumah Kim Hee-chul?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...