Ikuti Kami:

“Sebab Ada Park Minyoung..” – Go Kyungpyo Kongsi Sebab Bintangi ‘Love In Contract’

“Sebab Ada Park Minyoung..” – Go Kyungpyo Kongsi Sebab Bintangi ‘Love In Contract’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Go Kyung-pyo bersama Park Min-young dalam drama “Love in Contract”.

Bagi yang belum tahu, “Love in Contract” menceritakan tentang perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

Untuk pengetahuan, “Love in Contract” merupakan drama komedi romantik pertama Go Kyung-pyo dalam tempoh enam tahun. Dalam satu temubual, pelakon itu berkongsi sebab dia memilih untuk membintangi siri tersebut. Jelasnya,

Tiada sebab untuk saya menolak projek jika ia bersama pelakon Park Min-young. Kerja berpasukan saya dengan Park Min-young adalah sempurna. Lakonan kami serasi, jadi ‘chemistry’ kami hebat, dan kami menjalani penggambaran dengan menyeronokkan di set.

go kyungpyo

Dalam drama ini, Go Kyung-pyo memainkan watak Jung Ji-ho iaitu pelanggan lama kepada watak Park Min-young. Dia menjelaskan mengenai wataknya,

Susunan cerita ialah misteri Jung Ji-ho tidak akan bertahan lama. Apabila ia didedahkan pada permulaan drama, daya tarikan Jung Ji-ho akan ditunjukkan. Jung Ji-ho ialah seorang yang kurang kemahiran sosial namun, dia terguncang oleh perasaan cinta dan cara dia berubah akan menjadi menawan.

https://youtu.be/xB5JqYfLtNY

Jangan lupa tonton “Love in Contract” mula ditayangkan pada 21 September ini menerusi Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...