Ikuti Kami:

“Bukan Pekerja Di Pejabat..” – Park Minyoung Ulas Perbezaan Watak Dalam ‘Love In Contract’

“Bukan Pekerja Di Pejabat..” – Park Minyoung Ulas Perbezaan Watak Dalam ‘Love In Contract’

Siap sedia semua untuk drama baru Park Min-young!

Untuk pengetahuan, drama Park Min-young akan datang iaitu “Love in Contract”, menceritakan tentang perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

Dalam siri ini, Park Min-young akan membawa watak sebagai isteri palsu profesional Choi Sang-eun, yang terperangkap antara dua pelanggan iaitu Jung Ji-ho (Go Kyung-pyo) dan Kang Hae-jin (Kim Jae-young).

park minyoung

Dalam temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Park Min-young berkongsi sebab dia memilih untuk memainkan watak Choi Sang-eun dalam “Love in Contract”. Jelasnya,

Saya fikir isteri palsu profesional mungkin sebenarnya pekerjaan dan saya ingin menyatakan sebab mengapa Choi Sang-eun memilih kerja ini dengan cara yang ikhlas, supaya penonton dapat berempati dengannya.

Kemudian, Park Min-young turut mendedahkan bahawa wataknya dalam “Love in Contract” adalah berbeza daripada peranannya sebelum ini. Kongsinya,

Pertama, dia seorang yang bekerja sendiri dan tidak bekerja di sebuah syarikat. Selain itu, dia tidak begitu muda tetapi kaya dan cantik. Saya rasa ia berbeza dengan watak saya sebelum ini. Tidak seperti projek saya yang lain, anda akan melihat Park Min-young yang tidak berada di pejabat. Saya gembira untuk menunjukkan kepada anda gaya yang saya fikirkan selama ini.

https://www.youtube.com/watch?v=xB5JqYfLtNY

Jangan lupa tonton “Love in Contract” mula ditayangkan pada 21 September ini menerusi Viki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...