Ikuti Kami:

“Sayang Semua” – Menyanyi Lagu ‘Saya Anak Malaysia’, BTOB Pikat Hati Peminat Malaysia

“Sayang Semua” – Menyanyi Lagu ‘Saya Anak Malaysia’, BTOB Pikat Hati Peminat Malaysia

Setelah sekian lama memendam rindu, akhirnya BTOB telah menyapa Melody Malaysia kelmarin menerusi acara BTOB FAN-CON [3, 2, 1 Go! Melympic] – Kuala Lumpur

Lebih 2 jam menghiburkan peminat tempatan, Hyun-sik, Min-hyuk, Eun-kwang dan Peniel berjaya menawan kembali hati kesemua yang setia menanti mereka.

Berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, BTOB membuat persembahan untuk lagu popular seperti ‘Heaven’, ‘Missing You’, ‘Beep Beep’, ‘Beautiful To Me’, ‘My Girl’ dan banyak lagi. Selain itu, keempat-empat ahli itu turut bermain pelbagai permainan seakan-akan Olimpik di mana ia mengangkat tema konsert peminat berkenaan.

Apa yang menarik perhatian apabila Eunkwang dan ahli yang lain gigih menyanyikan lagu ‘Saya Anak Malaysia’ membuktikan bahawa mereka fasih berbahasa Melayu, malah satu arena ikut menyanyi bersama mereka.

Melihatkan energi yang dibawa BTOB, tak hairan lah mengapa kumpulan itu masih memiliki ramai peminat sehingga ke hari ini.

Dah rindu BTOB lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...