Seorang netizen telah berkongsi pengalaman berjumpa dengan Il-hoon.
Pada 11 April, seorang netizen Korea telah berkongsi gambar dirinya bersama dengan bekas ahli BTOB iaitu Il-hoon. Di mana, bekas penyanyi rap itu kelihatan bahagia ketika berinteraksi dengan peminat dan dilihat semakin kacak meskipun menggayakan rambut panjang paras bahu.
Kata individu bertuah yang berjumpa dengan bekas ahli BTOB tersebut,
Semasa saya mengayuh basikal di Sungai Han beberapa minggu haritu, saya telah mengambil gambar dengan bekas ahli BTOB, Jung Il-hoon.
Saya mula sedar yang seseorang yang kacak mesti akan kekal kacak meskipun dia menyimpan rambut pajang.
Selepas gambar itu dikongsi, rata-rata peminat di media sosial telah meluahkan kegembiraan mereka sejurus melihat penampilan terkini bekas penyanyi idola tersebut.
Antara komen peminat dan netizen,
Walaupun dia bukan lagi seorang penyanyi idola, tapi dia masih lagi layan peminat dengan baik.
Saya sangat merinduinya.
Dia nampak selesa berinteraksi dengan peminat.
Kami akan sentiasa menyokong awak.
Terlebih dahulu, Il-hoon telah meninggalkan kumpulan BTOB pada Disember 2020, selepas disiasat oleh pihak polis diatas tuduhan menggunakan Marijuana beberapa tahun yang lalu.
Malah, ini juga merupakan penampilan pertama bekas penyanyi idola tersebut selepas tamat menjalani perkhidmatan ketenteraan.
Rindunya dekat Il-hoon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.