Ikuti Kami:

“Sayang Betul Dior Kat Dia” – Peminat Cemburu Lihat Kehidupan Mewah Jisoo BLACKPINK

“Sayang Betul Dior Kat Dia” – Peminat Cemburu Lihat Kehidupan Mewah Jisoo BLACKPINK

Seronoknya kehidupan Ji-soo BLACKPINK sekarang ni!

Baru-baru ini, Ji-soo telah memuat naik vlognya ketika berada di Paris untuk konsert jelajah dunia BLACKPINK di sana.

Dalam video tersebut, Ji-soo telah menunjukkan suasana bilik hotelnya dan memaparkan barangan mewah yang diterimanya dari Dior.

Jisoo dior

Memandangkan Ji-soo merupakan duta global kepada jenama mewah tersebut, dia telah menerima pelbagai barangan seperti alat solek dan produk penjagaan kulit serta ada produk yang diukir namanya.

Kemudian, penyanyi itu berkata bahawa dia sangat berpuas hati dan teruja dengan barangan yang disediakan oleh jenama mewah berkenaan. Selepas menonton video tersebut, ramai peminat yang cemburu melihat kehidupan mewah Ji-soo.

Antara komen yang ditulis adalah,

Dior sangat sayangkan Ji-soo.

 

Saya percaya face mask muka dari Dior itu menggunakan saiz muka Ji-soo sebagai sampel sebab ia sangat padan dengan dia.

 

Pihak Dior sediakan segalanya malah menghadiakan produk dekat Ji-soo.

Seronoknya jadi Ji-soo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...