Ikuti Kami:

Duta Jenama Mewah, Jisoo BP Jadi Selebriti Korea Terima Paling Banyak Bayaran Di Instagram

Duta Jenama Mewah, Jisoo BP Jadi Selebriti Korea Terima Paling Banyak Bayaran Di Instagram

Merupakan duta kepada pelbagai jenama mewah seperti Dior dan Cartier, Ji-soo nampaknya adalah ahli BLACKPINK yang paling banyak menerima bayaran melalui Instagram.

Terbaru, saluran TV Lebanon telah mengumumkan antara selebriti yang membuat paling banyak wang menerusi entri di laman Instagram.

Selain jutawan muda Kylie Jenner dan Bella Hadid, nama Ji-soo BLACKPINK turut tersenarai dengan akaun Instagramnya hampir mencecah 70 juta pengikut setakat ini.

Menurut laporan, idola dan pelakon itu mempunyai nilai media sebanyak 22.66 bilion won (RM77,353,075), untuk setiap siaran yang dimuat naiknya pada 2022 di laman Instagram.

blackpink jisoo

Untuk pengetahuan, Ji-soo juga dianggap sebagai sebab utama jualan domestik Dior pada 2022 meningkat lebih 75% berbanding 2021, selepas pengumuman selebriti itu sebagai duta global.

Lain macam tau impak Jisoo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...