Ikuti Kami:

“Sayang Awak” – Senior Terbaik, Song Hyekyo Setia Beri Sokongan Buat Rakan Pelakon ‘The Glory’

“Sayang Awak” – Senior Terbaik, Song Hyekyo Setia Beri Sokongan Buat Rakan Pelakon ‘The Glory’

Meskipun drama “The Glory” sudah lama tamat, persahabatan antara para pelakon nampaknya masih rapat sehingga kini.

Pada 10 Mac, Lim Ji-yeon telah berkongsi foto trak makanan yang diterimanya dari Song Hye-kyo, yang dihantar ke set penggambaran barunya. Tulisnya,

Terima kasih Kyo unnie. Sayang awak.

Menerusi foto yang dikongsi, Song Hye-kyo juga telah meninggalkan mesej sokongan di trak itu dengan menulis,

Tolong sayangi Ji-yeon kami yang cantik. Saya harap ‘The Life of Mrs. Ok’ akan menyelesaikan penggambaran dengan selamat. Saya menantikan pelakon, kakitangan dan drama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lim ji yeon (@limjjy2)

Bukan sahaja untuk Lim Ji-yeon, sebelum ini Song Hye-kyo juga telah menghantar trak kopi dan makanan ke set penggambaran drama Cha Joo-young, serta turut menulis mesej,

Saya menyokong Cha Joo-young, pelakon ‘Won Gyeong’ dan semua kakitangan. Kekal kuat dalam musim sejuk! Saya menantikan drama hebat awak.

Tulis Cha Joo-young terharu,

Terima kasih. Saya mengumpul semua kekuatan saya untuk menyelesaikan penggambaran. Saya sayang awak. Awaklah yang terbaik, Song Hye-kyo cantik. Saya sayang awak.

Patut la ramai sayang Song Hye-kyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...