Ikuti Kami:

Dek Perubahan ‘Ini’, Song Hyekyo Dipercayai Sudah Bertunang Kini?

Dek Perubahan ‘Ini’, Song Hyekyo Dipercayai Sudah Bertunang Kini?

Sebagai seorang selebriti yang popular, apa sahaja yang dilakukan Song Hye-kyo pastinya akan mendapat perhatian.

Baru-baru ini, Song Hye-kyo telah tiba di Korea selepas selesai menghadiri Minggu Fesyen Paris sebagai duta jenama mewah Fendi.

Setibanya pelakon “The Glory” itu di lapangan terbang, wartawan dan peminat telah mengerumuni wanita tersebut bagi mendapat peluang melihat kelibatnya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah, Song Hye-kyo dilihat memakai dua cincin di jari tengah dan manisnya, menimbulkan khabar angin bahawa dia mungkin sudah bertunang.

song hyekyo

Tambahan pula, pelakon itu jarang memakai aksesori sebelum ini, lebih-lebih lagi selepas penerbangan yang panjang.

Pada masa yang sama, ramai meminta agar netizen berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin tidak berasas tentang kehidupan peribadi Song Hye-kyo.

Mungkin dia baru beli kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...