Sepertinya Joo Woo-jae mempunyai impian yang besar bagi kemunculannya dalam “Running Man”.
Dalam episod terbaru ‘Salon Drip’ di YouTube, Joo Woo-jae telah hadir sebagai tetamu dan bercerita lebih mengenai hubungan baiknya bersama penyanyi Go Young-bae dan Kwon Jung-yeol.
Kongsi Go Young-bae mengenai sikap Joo Woo-jae yang suka menggembar-gemburkan cerita,
Selepas menjalani rakaman ‘Running Man’, dia menelefon saya dan mengatakan yang dia telah memberikan persembahan hebat di sana.
Mereka turut mendedahkan nama panggilan buat lelaki itu iaitu ‘Joo, Woo yang unggul, Jae yang meluat’. Mendengarkan namanya ini, marah Joo Woo-jae,
Kalian main cerita sahaja tanpa kebenaran. Mustahil saya mengalahkan semua orang di ‘Running Man’.
Gitu semangat Joo Woo-jae.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.