Ikuti Kami:

“Nak Perhatian Ke..” – Song Jihyo Dikritik ‘Pelik’ Dek Sering Lakukan Hal Ini Dalam ‘Running Man’ Kini

“Nak Perhatian Ke..” – Song Jihyo Dikritik ‘Pelik’ Dek Sering Lakukan Hal Ini Dalam ‘Running Man’ Kini

Ingat tak apabila Song Ji-hyo menerima kritikan ramai kerana dikatakan kurang menyerlah dan semakin malas dalam “Running Man”.

Pun begitu, pelakon wanita tersebut dilihat semakin teruja dan menyertai dalam perbualan ahli lain dalam penggambaran program itu sejak kebelakangan ini.

Pun begitu, ada yang mengkritik Song Ji-hyo kerana dikatakan bertindak ‘pelik’ di mana dia akan ketawa secara tiba-tiba tanpa menjelaskan sebabnya. Malah ahli lain turut kelihatan keliru dengan keadaan itu.

Dalam episod lalu, Yoo Seung-ho yang hadir sebagai tetamu mengatakan bahawa dia jarang mengngati sesiapa yang dijumpainya. Pelakon wanita itu kemudiannya ketawa memegang perut hingga menimbulkan persoalan ahli lain hinggalah dia menjelaskan,

Saya sama sepertinya.

Dalam episod terbaru ini pula, pelakon wanita itu tergelak terbahak-bahak apabila Ji Suk-jin mengatakan hal yang remeh. Ulas Yoo Jae-suk,

Banyak kali juga Song Ji-hyo gelak seorang sekarang.

Tambah Haha pula,

Pinta saya agar kita semua dapat gelak bersama-sama suatu hari nanti.

Melihatkan beberapa insiden ini, ada penonton yang mempersoalkan tindakan ‘pelik’ wanita itu selain mengatakan dia mahu mencari perhatian mudah dengan cara begini.

Aktif salah, tak aktif salah.. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...