Ikuti Kami:

“Cuba Cari..” – Song Jihyo & Kim Jongkook Akui Sudah Miliki Kekasih?

“Cuba Cari..” – Song Jihyo & Kim Jongkook Akui Sudah Miliki Kekasih?

Rasanya semua orang sudah lama berharap agar Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo supaya bercinta kan?

Dalam episod terbaru “Running Man”, mereka telah menjalani perlumbaan dengan beberapa misi bagi melepaskan diri dari penjara bersama pelakon “The Escape Of The Seven” iaitu Uhm Ki-joon, Yeon Jung-hoon dan Lee Joon.

Ketika di awal rancangan, mereka perlu memilih 5 orang sahaja untuk menaiki kereta yang selesa ke lokasi seterusnya. Bagi memilih calon yang sesuai, mereka akan memilih individu yang sesuai dengan soalan yang dilontarkan seperti ‘siapakah memiliki personaliti ‘I’ dalam MBTI mereka?’ dan banyak lagi.

Antara soalan lain yang ditanya ialah, “Siapakah yang mempunyai pasangan isteri atau kekasih kini?”

running man

Dengan pantas Kim Jong-kook mengangkat tangan namun ditolak Yoo Jae-suk,

Mana teman wanita awak?

Jawabnya,

Ada lah kot kalau awak cari. Saya boleh je cakap saya ada kan..

Dalam diam, Song Ji-hyo turut mengangkat tangannya dengan harapan dapat menjadi antara calon yang menaiki kereta.

Entah-entah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...