Ikuti Kami:

“Saya Yang Setuju..” – Pengarah Dikecam Memaksa, Cha Jooyoung Ulas Imej Seksi Dalam ‘The Glory’

“Saya Yang Setuju..” – Pengarah Dikecam Memaksa, Cha Jooyoung Ulas Imej Seksi Dalam ‘The Glory’

Walaupun menerima sambutan hangat, namun ada juga kontroversi yang terpalit pada drama “The Glory”.

Semasa bahagian pertama yang ditayangkan pada Disember lepas, babak melibatkan Cha Yoo-jung memakai pakaian gaun pendek putih telah mencipta sensasi dek keseksian wanita itu.

Disebabkan penjelasan wanita itu dalam salah satu temubual lalu, ramai yang menganggap dia dipaksa oleh pengarah untuk menyarungkan dress berkenaan kerana dia memberikan ulasan sambil mengeluh.

cha jooyoung

Nafi wanita itu kini,

Dalam temubual itu, saya mengeluh bukan kerana gaun itu tapi disebabkan diri saya sendiri. Saya sebenarnya menyediakan kostum comel sepadan dengan watak Lee Sa-ra tapi selepas mendengar penjelasan pengarah, saya memahaminya dan bersetuju untuk memakai gaun putih itu. Babak itu adalah yang terbaik untuk memaparkan karakter Hye-jeong tapi saya risau kelihatan hodoh kerana berat menaik.

 

Dalam pada itu, Cha Joo-young pernah mendedahkan sebelum ini bahawa dia menaikkan berat badan sebanyak 5 ke 6 kilogram untuk menjayakan watak Choi Hye-jeong.

Atas persetujuan bersama..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...