Ikuti Kami:

“Saya Yang Mulakan..” – Hidup Bahagia, Gong Hyojin Kongsi Kisah Cinta Bersama Suami

“Saya Yang Mulakan..” – Hidup Bahagia, Gong Hyojin Kongsi Kisah Cinta Bersama Suami

Gong Hyo-jin telah berkongsi kehidupan bahagia bersama dengan suaminya, Kevin Oh.

Pada 27 Disember, rancangan “You Quiz on the Block” telah mengeluarkan video teaser yang menampilkan pelakon Gong Hyo-jin sebagai tetamu.

Di mana di dalam video tersebut, Gong Hyo-jin telah berkongsi serba sedikit kisah mengenai kehidupan perkahwinannya bersama dengan suaminya.

Terlebih dahulu, Gong Hyo-jin telah berkahwin dengan penyanyi Kevin Oh, yang muda 10 tahun darinya, pada tahun 2022.

Katanya,

Masa hari perkahwinan saya, saya ambil masa selama 10 minit untuk baca akad nikah.

you quiz

Tambahnya,

Saya buat keputusan untuk berkahwin sebab suami saya sangat baik dan saya yang mulakan langkah pertama untuk pikat Kevin. Malah, masa saya dapat nombor dia, saya pernah hantar mesej dekat dia pukul 5 pagi.

Tidak berhenti di situ, pelakon wanita tersebut turut berkongsi serba sedikit kisah mengenai kerjayanya sebagai pelakon terkenal di Korea.

Dalam masa yang sama, Gong Hyo-jin  turut menceritakan kisah sedih yang tidak pernah dia katakan sebelum ini di episod “You Quiz on The Block” yang bakal ditayangkan pada 3 Januari 2024.

Comel je Gong Hyo-jin bila cerita tentang suami dia kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...