Ikuti Kami:

“Saya Yakin..” – Song Kang Kongsi Proses Rakam Babak Tayang Punggung Dalam ‘Sweet Home 2’

“Saya Yakin..” – Song Kang Kongsi Proses Rakam Babak Tayang Punggung Dalam ‘Sweet Home 2’

Korang dah habis layan belum musim kedua “Sweet Home”?

Baru-baru ini, “Sweet Home 2” telah ditayangkan dengan 8 episod secara keseluruhan menerusi laman Netflix.

Khususnya untuk musim kedua kali ini, penonton telah dikejutkan dengan babak bogel Song Kang, Lee Jin-wook dan Lee Do-hyun, yang menayangkan bahagian belakang badan mereka hingga menampakkan punggung.

Menerusi satu sesi temu bual, Song Kang menjawab sekiranya terdapat tekanan untuk merakam babak bogel tersebut. Jawabnya,

Saya dan pengarah telah melakukan perbualan yang mencukupi. Pengarah berkata bahawa Hyun-soo (nama watak) adalah seorang yang mempunyai jangkitan khas dan bukan manusia jadi dia terpaksa memerhatikan badan Hyun-soo satu persatu dan bersetuju untuk menanggalkan pakaiannya.

song kang sweet home 2

Sambung pelakon lelaki itu lagi,

Memandangkan ia adalah babak yang tidak dilakukan oleh CG, kami merakamnya dengan satu take sahaja. Saya rasa kebanyakan rasa malu saya semua dah hilang selepas penggambaran adegan itu. Dulu saya rasa malu bila ada skrip yang agak cringe, tetapi sekarang saya rasa saya semakin yakin.

Cayalah Song Kang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...