Tak lama lagi, Song Kang akan menjalani perkhidmatan wajibnya sebagai seorang lelaki di Korea Selatan.
Pada 30 November, sidang media bagi “Sweet Home 2” telah diadakan dan dihadiri pelakon utama seperti Song Kang, Lee Jin-wook, Go Min-si, Lee Si-young dan ramai lagi.
Ketika sesi temu bual, Song Kang berkongsi bahawa dia akan mendaftar di khidmat tentera tak lama lagi,
Ini adalah karya terakhir saya sebelum pendaftaran. Saya dengan rendah hati menerimanya kerana ia adalah tugas saya. Sehingga itu, saya akan bekerja keras untuk mempromosikan ‘Sweet Home 2’.
Sambungnya lagi,
‘Sweet Home’ adalah kerja yang sangat besar yang menjadikan siapa saya sekarang. Jadi saya cuba memberi banyak perhatian dan bekerja keras.
Sementara itu, “Sweet Home 2” akan mula ditayangkan pada 1 Disember ini di laman Netflix.
Selamat berkhidmat Song Kang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.