Ikuti Kami:

“Saya Utamakan Bakat” – Kim Jaejoong Dedah Kriteria Jadi Pelatih Di Agensi Miliknya

“Saya Utamakan Bakat” – Kim Jaejoong Dedah Kriteria Jadi Pelatih Di Agensi Miliknya

Kim Jae-joong mendedahkan pendiriannya apabila menubuhkan agensi peribadinya.

Baru-baru ini Kim Jae-joong telah membuat penampilan di dalam “Cho Hyun-ah’s Thursday Night”, di mana dia telah menceritakan sebab dia menubuhkan agensi sendiri dan bagaimana ianya beroperasi.

Kim Jae-joong menyatakan bahawa dia sangat berpuas hati dengan agensi yang baru dibinanya baru-baru ini. Malah, dia juga boleh menggunakan pengalamannya sepanjang bergelar penyanyi untuk melatih serta mengendalikan agensi itu.

Dalam masa yang sama, dia turut menjelaskan bahawa agensinya sangat tegas dalam memilih pelatih mereka.

Katanya,

Sebenarnya, saya tidak melihat kemahiran asas, yang saya akan perhatikan ialah bakat seseorang itu. Ianya kerana orang yang berbakat adalah seperti berlian yang kasar dan belum digilap.

jaejoong hyun-ah

Ahli JYJ itu menambah,

Sebab kenapa saya tegas dalam memilih pelatih ialah kerana ramai yang ingat saya mengendalikan agensi itu dengan hanya menggunakan nama saya. Tetapi tidak. Saya telah bekerja keras berjumpa dengan orang dari syarikat produksi, pengarah dan juga para penaja dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Ianya sebab saya mahukan yang terbaik buat agensi saya.

Malah, dia juga mengaku bahawa dia merupakan seseorang yang gila bekerja dan dia juga menyatakan bahawa dirinya bakal terus bekerja seperti itu buat masa sekarang.

Semoga usaha keras Jae-joong dapat membuahkan hasil yang baik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...