Ikuti Kami:

“Saya Tunggu Lee Dahee..” – Choi Siwon Kongsi Sebab Bintangi Siri ‘Love Is For Suckers’

“Saya Tunggu Lee Dahee..” – Choi Siwon Kongsi Sebab Bintangi Siri ‘Love Is For Suckers’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Choi Si-won dan Lee Da-hee dalam sebuah drama baru!

Bagi yang belum tahu, Choi Si-won dan Lee Da-hee akan bergandingan dalam drama “Love is for Suckers”, yang mengikuti kisah cinta antara Goo Yeo-reum dan Park Jae-hoon yang telah berkawan rapat selama 20 tahun. Kemudian, mereka mula mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain selepas bertemu sebagai pengarah penerbit rancangan temu janji.

Pada 5 September, drama ENA “Love is for Suckers” telah mengadakan sidang akhbar, yang dihadiri pelakon utama dan pengarah Choi Gyu-sik.

Ketika sedang berborak tentang drama tersebut, Lee Da-hee mengulas tentang wataknya Goo Yeo-reum sambil berkata,

Sebagai seorang wanita berusia lewat 30-an, saya bersimpati dengan banyak perkara dalam cerita itu, dan saya fikir ‘seperti kisah saya sendiri’. Jika watak saya sebelum ini lebih dingin dan tegak, Goo Yeo-reum lebih aktif dan meriah.

ena love is for suckers

Kemudian, Choi Si-won turut mendedahkan bahawa skrip yang menarik dan Lee Da-hee adalah sebab dia memilih untuk membintangi drama ini. Jelas ahli SUPER JUNIOR itu,

Le Da-hee ialah Goo Yeo-reum. Dia sedang menjalani penggambaran projek lain pada masa itu, dan saya fikir saya akan menunggu dan melakukan drama ini bersama-samanya.

Untuk pengetahuan, dalam drama ini, Choi Si-won akan menghidupkan watak Park Jae-hoon, seorang pakar bedah plastik yang sinis. Dia mengakui bahawa ianya sukar untuk memainkan watak ini dengan berkata,

Bukan mudah menghafal istilah teknikal. Saya bertanya kepada doktor sebenar untuk butiran watak itu.

choi siwon lee dahee

Jangan lupa tonton “Love is for Suckers” akan ditayangkan bermula 5 Oktober ini menerusi saluran ENA!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...