Ikuti Kami:

Choi Siwon & Lee Dahee Sah Terajui Siri Komedi Romantik ‘Love That Will Freeze To Death’

Choi Siwon & Lee Dahee Sah Terajui Siri Komedi Romantik ‘Love That Will Freeze To Death’

Nampaknya, penonton akan dapat lihat gandingan antara Choi Si-won dan Lee Da-hee dalam sebuah drama!

Pada 7 September, saluran ENA telah mengesahkan Choi Si-won dan Lee Da-hee dalam drama Rabu-Khamis akan datang, berjudul “Love That Will Freeze to Death”.

Untuk pengetahuan, “Love That Will Freeze to Death” mengikuti kisah cinta antara Goo Yeo-reum dan Park Jae-hoon yang telah berkawan rapat selama 20 tahun. Kemudian, mereka mula mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain selepas bertemu sebagai pengarah penerbit rancangan temu janji.

Dalam drama ini, Lee Da-hee akan memegang watak sebagai penerbit Goo Yeo-reum yang telah bekerja selama 10 tahun dan terdesak tentang kerja serta cinta kini. Manakala Choi Si-won akan membawa watak Park Jae-hoon, yang bekerja sebagai pakar bedah plastik tetapi telah hilang minat dalam pekerjaan dan cinta. Pada satu hari, dia bersetuju untuk membintangi sebuah program di bawah terbitan Goo Yeo-reum.

lee dahee choi siwon

Pasukan produksi turut menambah keterujaan penonton dengan berkongsi,

Lee Da-hee dan Choi Si-won mempunyai kemahiran lakonan yang mantap dan visual yang mengagumkan. Mereka mempamerkan persembahan lakonan yang luar biasa dan bersemangat apabila mereka berubah menjadi Goo Yeo-reum dan Park Jae-hoon. Sila nantikan drama percintaan baharu yang penonton akan tenggelam dalam musim sejuk 2022 ini.

Nantikan drama “Love That Will Freeze to Death” bakal menemui penonton pada Oktober ini, selepas tamatnya siri “Good Job”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...