Ikuti Kami:

“Saya Trauma Minum Susu” – Bekas Idola Dedah Dipaksa Rakam Babak Lucah Bagi Raih Publisiti

“Saya Trauma Minum Susu” – Bekas Idola Dedah Dipaksa Rakam Babak Lucah Bagi Raih Publisiti

Walaupun nampak gemilang, tapi banyak sebenarnya sisi gelap yang disembunyikan dari pengetahuan umum.

Antara individu yang tidak takut untuk merungkai cerita buruk mengenai industri hiburan Korea ini ialah bekas ahli STELLAR, Kim Ga-young. Wanita ini mula popular selepas muncul sebagai tetamu dalam rancangan “2 Days & 1 Night” di mana dia kemudiannya dibawa masuk ke dalam syarikat The Entertainment Pascal. Walaupun bermula sebagai pelakon dala drama “The Spy Mungwol” namun agensi Kim Ga-young memintanya mencub bakat sebagai ahli STELLAR.

Walaupun bermula dengan konsep comel, namun Ga-young, Jeon-yul, Lee Seul dan JoA gagal menarik perhatian ramai dengan lagu “Rocket Girl”. Malah single kedua iaitu “UFO” juga tidak mencapai jangkaan meskipun Lee Seul dan JoA digantikan pada Min-hee dan Hyo-eun.

stellar

Pun begitu, pada 2014, kumpulan itu mendapat perhatian selepas mengeluarkan single seksi iaitu ‘Marrionate’ dan ia merupakan permulaan kepada sumpahan STELLAR. Ketika pelancaran, lagu berkenaan berjaya memasuki carta muzik dengan kedudukan tinggi selain turut tersenarai dalam ‘Billboard K-Pop Hot 100’. Meskipun mencapai kejayaan yang diimpikan namun ia hadir dengan risiko yang bakal memusnahkan keyakinan setiap ahli.

Dedah Ga-young bersama Min-hee dalam satu video di YouTube, mereka sebenarnya ditipu untuk merakamkan babak provokatif seksual dalam muzik video itu dan tidak tahu apa yang dirakam oleh pihak produksi sehingga ia disiarkan,

Terdapat satu babak di mana ahli perlu minum susu. Dalam skrip tertulis, ‘Merindui kekasih lama, berpusing-pusing di atas katil, bangun dan minum susu’. Kami menyangkakan mereka mahukannya minum susu bagi menggambarkan babak di pagi hari. Semasa ahli itu minum susu, mereka memintanya supaya menumpah susu tersebut. Dia merasakan bahawa babak itu menggambarkan dia tiada semangat tapi terkejut apabila membaca komen ‘Babak ini membuatkan saya terbayang satu adegan’. Ahli itu yang berusia 20 tahun pada ketika itu, sampai ke hari tidak boleh minum kerana berasa jijik.

Walaupun STELLAR cuba melarikan diri dari konsep seksi namun lagu itu tidak mendapat perhatian yang dimahukan. Lantas memberikan kelebihan pada agensi untuk memaksa kesemua ahli supaya kembali ke konsep provokatif,

Semasa ‘Vibrato’, mereka secara tiba-tiba meminta kami menari dengan pakaian seksi itu. Kami menolak, ‘kami tak boleh menari dengan pakaian seperti ini’. Kata mereka, ‘cuba sahaja, kenapa menolak sebelum mencuba’. Kami mengambil sebyak 5 keping gambar sebelum menegaskan yang ia terlalu berlebihan. Mereka bersetuju untuk berhenti merakam tapi gambar dengan pakaian itu yang diriliskan buat umum. Apabila kami melawan, mereka hanya berkata ‘Oh awak tak tahu? Maaf, kami tak akan buatnya lagi’. Mereka sepertinya tahu bahawa setiap ahli terlalu lembut dan baik.

Ga-young juga mendedahkan pada ketika itu, agensi turut mengekang mereka secara fizikal apabila hanya memberikan satu makanan untuk dikongsi sebanyak 4 orang. Kemudian, kesemua ahli meninggalkan kumpulan itu selepas kontrak mereka bersama agensi tamat.

Walaupun begitu, Ga-young hanya kembali ke dunia hiburan pada tahun 2020 menerusi rancangan realiti “Miss Back” di mana dia berkongsi keperitan semasa aktif sebagai ahli STELLAR,

Saya masih mendapat gambar kemaluan dan mesej menanyakan sekiranya saya berminat untuk menjadi ‘sugar baby’.

stellar gayoung

Kongsi ga-young sambil menangis,

Saya masih trauma lagi untuk memakai pakaian pendek sejak bersama STELLAR. Jadi, saya hanya memakai pakaian panjang walaupun pada musim panas. Saya tak suka sesiapa melihat kaki saya.

Walaupun bermula dengan langkah yang silap, Ga-young kini merupakan pemilik kepada kafe ‘Hartogela’ di Itaewon dan masih lagi mencuba nasib untuk menjadi pelakon.

Semoga berjaya Ga-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...