Ikuti Kami:

“Saya Pilih Drama Terbaik” – Jennie BP Akui Tersentuh Baca Plot Siri Provokatif ‘The Idol’

“Saya Pilih Drama Terbaik” – Jennie BP Akui Tersentuh Baca Plot Siri Provokatif ‘The Idol’

Meskipun sudah dua minggu menamatkan tayangan, namun masih ada yang tertanya-tanya apakah sebab utama Jennie BLACKPINK memilih “The Idol” sebagai drama pertama lakonannya.

Dalam episod terbaru podcast ‘Dua Lipa: At Your Service’, idola itu telah menceritakan lebih mengenai kehidupan dan kerjayanya. Malah Jennie juga sempat mendedahkan sebab utama dia membintangi siri garapan The Weeknd dan Sam Levinson itu,

Saya rasa lakonan merupakan sesuatu yang saya ingin terokai, namun apabila melakukan sesuatu, saya tahu saya perlu melakukannya dengan betul. Saya mahu naskhah lakonan pertama saya sebagai autentik, dan bukannya saya sekadar mengambil apa sahaja tawaran yang datang. Saya sangat bersabar dalam memilih yang terbaik buat projek lakonan pertama.

Jelasnya lagi, dia sendiri yang membuat pilihan untuk menyertai “The Idol” selepas pertemuan bersama pengarah siri itu,

Semasa saya menghabiskan masa di LA pada tahun lalu, saya sempat berjumpa dan bersembang dengan Sam Levinson mengenai watak yang dicipta buat saya dan hati saya tersentuh. Semuanya berlaku secara tiba-tiba tanpa saya menjangkakan apa yang berlaku nanti. Ianya terasa autentik dan saya mempercayai bahawa ini ialah sesuatu yang saya perlu lakukan.

jennie the idol

Kalau Jennie yang pilih, kita hormat sahaja lah..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...