Mungkinkah Jennie BLACKPINK sedang mengalami perasaan yang mungkin agak peribadi buatnya pada semua kini?
Baru-baru ini, kumpulan itu telah menghiburkan peminat dengan menjadi bintang utama buat Festival BST Hyde Park di London. Seperti di Coachella, BLACKPINK dilihat memberikan 110% tenaga buat BLINKs di festival muzik terbesar di negara itu.
Walau bagaimanapun, rata-rata peminat mula berbual sesama sendiri di laman sosial apabila melihat Jennie yang secara tiba-tiba mengalirkan air mata semasa menyanyikan lagu “Tally” dengan lirik,
Itu pilihan saya dan saya tidak menyakiti sesiapa.
Jennie cried while singing “That’s my choice and there’s no one I’m hurting” part of Tally song. Nini don’t cry. No one is allowed to hurt our Nini. We will always be by your side and support you. BLINKs are always proud of you. We love you JENNIE #JENNIE #BLACKPINKxBSTHydePark pic.twitter.com/vjmPKPKHY7
— Love J (@trnphthao) July 4, 2023
Ada yang menebak bahawa idola itu mungkin tersentuh dek beberapa khabar angin yang terpalit padanya sejak kebelakangan ini melibatkan kerjaya dan hal peribadi. Dari gosip cinta, Jennie turut dikritik kerana memilih untuk membintangi drama penuh kontroversi “The Idol” di US baru-baru ini.
Apa pun, ini hanya lah tebakan sahaja. Semoga Jennie baik-baik sahaja.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉