Ikuti Kami:

“Saya Tidur 30 Minit…” – Sibuk Kini, Kim Taeri Kongsi Jadual Tidur Terhad

“Saya Tidur 30 Minit…” – Sibuk Kini, Kim Taeri Kongsi Jadual Tidur Terhad

Kim Tae-ri makin terus memberikan kualiti lakonan yang mengagumkan. Bukan setakat lakonan sahaja, personaliti dirinya juga sememangnya sangat baik.

Baru-baru ini, Kim Tae-ri tampil dalam satu sesi temu ramah bersama majalah terkenal ELLE KOREA. Menerusi sesi temu ramah tersebut, Kim Tae-ri mempamerkan personaliti dan ‘mood’ yang ceria sepanjang temu ramah itu berlansung.

Melihat Kim Tae-ri, dia sememangnya seorang yang sentiasa ceria dan bertenaga sepanjang masa. Bahkan, perkara itu sebenarnya menjadi bualan peminat apabila mereka mula berfikir jika ada waktunya Kim Tae-ri berasa penat? Macam tak je kan…kim taeriDalam sesi temu ramah tersebut, Kim Tae-ri sempat berkongsi mengenai bagaimana dia sebenarnya agak bimbang dengan jadual tidurnya. Melihat kepada jadualnya yang padat dek kerana mempromosikan filem terbaru, “Alien”, Kim Tae-ri berkata dia hanya tidur dalam 2 hingga ke 3 jam. Kesiannya…

Dia berkata,

Banyak perkara yang saya ingin lakukan, namun tidur selalu menghalangnya. Saya selalu merasakan bahawa 5 jam sangat banyak untuk waktu tidur saya. Kadang-kadang saya hanya tidur selama 30 minit ke 1 jam. Itu cukup untuk saya. 

Menjurus kepada perkara itu, dia berkata bahkan dia tidak sempat tidur dengan mencukupi pada hari sebelumnya dan dia mula berasa sedikit penat. Namun, dia tetap mempamerkan reaksi yang ceria dan bertenaga dalam temu ramah tersebut. kim taeriPenat itu bukan alasan kan? Kalau dah namanya kerja, mestilah kena kerja betul-betul…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...