Ikuti Kami:

“Saya Tidak Tertekan” – Na Inwoo Kongsi Pandangan Mengenai Pembikinan Filem ‘Ditto’ & Projek Lain

“Saya Tidak Tertekan” – Na Inwoo Kongsi Pandangan Mengenai Pembikinan Filem ‘Ditto’ & Projek Lain

Korang dah ready nak tengok filem “Ditto” nanti?

Dalam sesi temu bual baru-baru ini, pelakon filem tersebut, Na In-woo berkongsi pandangannya mengenai beberapa projeknya yang akan datang.

Untuk filem yang akan datang, Na In-woo bakal bergandingan bersama Yeo Jin-goo, Cho Yi-hyun, Kim Hye-yoon dan Bae In-hyuk. Melihat kepada  filem itu, Na In-woo berkata,

Ianya bukan sekadar cerita percintaan yang biasa, ianya kisah percintaan yang merentasi masa dan juga era. Ianya adalah kisah realistik remaja moden. Saya rasa, anda akan menikmati filem ini jika anda menumpukan perhatian pada perjalanan cerita setiap watak.

na inwooDia juga ditanya mengenai jika dia menghadapi sebarang tekanan untuk menghidupkan watak dalam drama tersebut.

Saya tidak rasa terlalu tertekan kerana ianya tidak terlalu mengikut jalan cerita yang sama dengan filem asal. Namun, watak saya lebih muda berbanding watak yang lain, jadi saya cuma anggap itu sebagai cabaran yang baru. 

na inwooSebelum ini, nama Na In-woo kian dikenali selepas membintangi “Jinxed At First”, bersama Seo-hyun Girls’ Generation. Dia berkata,

Keserasian kami sangat baik. Sehingga kini, kami masih menghubungi antara satu sama lain. 

Saya juga sangat gembira ketika bertemu dengan Seo-hyun buat kali pertama. Saya sendiri tak percaya dapat bertemu dengan noona Seo-hyun secara bersua muka. 

na inwooPastinya ramai juga yang mula mengenali Na In-woo menerusi rancangan hiburan “2 Days & 1 Night Season 4”. Dek kerana itu, Na in-woo turut ditanya apakah makna rancangan itu buatnya.

Rancangan itu bagaikan hadiah buat saya. Saya seorang yang ‘homebody’, jadi saya sering berada di rumah kalau saya mempunyai kelapangan.

Namun, apabila sedang menjalani penggambaran buat “2 Days & 1 Night”, ianya satu pengalaman yang tak pernah saya rasai. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada mereka. 

Jadi tak sabar pula nak tunggu filem “Ditto” pada 16 November ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...