Ikuti Kami:

“Filem Seperti Ini Jarang Dihasilkan” – Pelakon Ulas Mengenai Watak Dalam Filem ‘Ditto’

“Filem Seperti Ini Jarang Dihasilkan” – Pelakon Ulas Mengenai Watak Dalam Filem ‘Ditto’

Para pelakon filem “Ditto” tampil dalam satu sesi sidang media dan berkongsi mengenai lakonan mereka.

Bagi yang belum tahu, filem “Ditto” ini adalah mengenai kisah cinta dan persahabatan antara dua rakan kolej daripada dua jangka masa yang berbeza dan secara kebetulan mereka mula berbual menerusi ‘walkie-talkie’.

Filem yang diterajui oleh Yeo Jin-goo, Choi Yi-hun, Kim Hye-yoon, Na In-woo dan Bae In-hyuk ini merupakan filem pengarahan oleh Seo Eun-yeong. Yeo Jin-goo memegang watak sebagai Yong, seorang pelajar kolej senior yang hidup pada tahun 1999, manakala Cho Yi-hun merupakan pelajar kolej tahun dua yang hidup pada tahun 2022. yeo jingooYeo Jin-goo sempat berkongsi bahawa,

Buat pertama kalinya, saya rasa sekarang amat jarang untuk melihat satu filem yang boleh mengaitkan dengan isu remaja zaman kini. Saya sendiri mempunyai keinginan untuk tidak berlakon dalam mana-mana projek yang berkaitan remaja ketika saya dalam umur 20-an. 

Cho Yi-hun turut berkata,

Saya mempunyai keinginan untuk berlakon dalam filem yang mempunyai suasana yang tenang dan santai. Kebetulan pula, skrip bagi filem “Ditto” sangat sesuai dengan yang saya inginkan. 

choi yihunMelihat kepada sambutan terhadap filem asal, Kim Hye-yoon berkata,

Apabila saya membaca skrip filem ini, saya rasa perjalanan cerita ini sangat menarik. Saya juga sangat teruja untuk berlakon dalam filem ini.

Na In-woo juga sempat berkongsi,

Masyarakat zaman sekarang terlalu moden dan membuatkan kita semua tidak ada banyak masa lapang untuk diluangkan bersama. Tetapi, apabila saya sudah meneliti skrip ini, saya terlupa tentang semua kesibukkan dunia. 

na inwooWah, menarik kan? Nantikan filem ini pada 16 November okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...